Jom ler CUCI2 materr!!!

Monday, July 16, 2012

Madu ASLI





Assalamualaikumm..kejap je mase belalu kan..tup2 dah nak poser ponn..huhuu…Ini madu bukan sebarang madu yee…jarang nak jumpe madu lebah asli skrg ni..klu beli pon mahal2 tp xtau asli ke idakknye…tp yg ni haku kirim kat akk cleaner opis haku..Madu lebah dr Indonesia gituuu..adiknye kat Indon jual madu asli..hihii..mmg terase lain die..biase pnh gak mkn madu..tp yg ni lain..rase pahit2 maniss gitu…madu yg biase haku beli cantekk liciinn jek kaler die..manisnye bukan main bedenkung manisnye…harap ke mahall jek…xde nmpak 1 habok pon...tp yg ni ade serdak2 yg habuk2 die..pendek kater mmg lain sesgttnyee..rase die mmg xsame..akhirnye jumpe gak haku madu asli…Mekasih K.Da;)


Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

KHASIAT MADU :-

1. Dapat mengubati penyakit dalam perut.
2. Dapat mengubati penyakit medu.
3. Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus-usus kecil dan besar.
4. Dapat mengubati penyakit ketagihan dadah. Caranya madu dicampurkan dengan minyak/air bunga mawar yang panas, lalu diminum.
5. Dapat melawaskan pembuangan air besar.
6. Boleh mencerahkan mata. Caranya: Lumurkan ke bahagian kening/alis mata.
7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
9. Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yang melekat di bahagian paru-paru.
10. Mencerdaskan otak kanak-kanak, melancarkan darah, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis,darah tinggi & kanser, memecahkan lebihan lemak, menyingkirkan toksik, baik utk kecantikan, mnjadikan kulit licin dan halus..
11.Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, caranya: Ambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacaukan lalu diminum.


Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.




haaaa....yg dlm sudu haku xsabar2 nak rasee...hihiii...
ermm cedappnyeee rase diee...

P/S  :

Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Madu lebah menjadi penawar untuk berbagai penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.



No comments: