Jom ler CUCI2 materr!!!

Wednesday, February 8, 2012

Ku Mohon Kemaafanmuu...












Sayangku,


Sakit kupendamkan rajuk yang panjang,

Jasad tak tenang, fikiran terganggu..




Bukan laut namanya,

jika airnya tidak berombak,

Bukan cinta namanya,

Jika hati & perasaan tidak pernah terluka,

Aku percaya dengan kata-kata,

Hidup adalah gabungan antara bahagia & derita...




Maafkan aku,

Mungkin kata-kataku,

lebih tajam dari pisau,

lebih keras dari batu,

lebih panas dari api,

dan lebih pahit dari hempedu...




Tapi,

Mengertilah sayangku, bahawa sesungguhnya,

aku hanya manusia biasa,

Yang tak lepas dari kesilapan,

Dengan seikhlas hatiku,

Memohon Kemaafan darimu...



Bila hati mulai sedar,

Dengan penjelasan kata-katamu,

Cukup membuatku, menangis tak berlagu,

Cukup mengubati hati yang terluka,

Kesilapan semalam inginku tebus,

Sambutlah kemaafan salam cintaku,

Kerana tanpamu siapalah aku...



Dugaan & rintangan yang datang itu,

Menguji kekuatan, ketulusan & kesetiaan,

Mampukah kita hadapinya,

Andai muatan kita dengan iman,

dan layarnya takwa,

Nescaya kita mampu hadapinya...




Ku mohon pada-NYA,

Moga ikatan ini,

Berkekalan hingga ke Syurga...



Dan sesungguhnya ketahuilah,

Kau adalah anugerah terindah yang hadir dalam hidupku..

Sinari siang & malamku...


Salam KEMAAFAN dariku, utkmu yg bergelar

SUAMIKU.......Mohd Nor B. Hj Ismail



Hasil Nukilan,

Isterimuuu

@12.45pm




2 comments:

Suamimu, MNI said...

Alhamdulillah.. Abg syukur kerna memilikimu. Hanya satu hanya dirimu yg pasti menyempurnakn hidup abg selamanya. Syukran ya dzaujati!

elyza said...

Sayangku,
Kadang2 Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat..kita menangis dan tertanya2, kemana hilangnya matahari..rupa2nya Tuhan hendak berikan kita PELANGI yg indah berseri...

~kau lah segalanya utkku~