Jom ler CUCI2 materr!!!

Monday, March 14, 2011

~ Jus Markisa ~




Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.
Buah Markisa ini mempunyai kebaikan vitamin c 10 kali ganda dari khasiat buah limau sunkist, berkesan untuk individu yang menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Insyaallah.....dengan mengamalkan 2 biji sehari..Ianya memang berkesan.....

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklah harman yang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.



Antara lain Khasiat Buah Markisa :


1. Memulihkan Kanser

2. Mengatasi insomnia

3. Mengatasi batuk

4. Anti alergi

5. Menenangkan anak hiperaktif

6. Melancarkan perjalanan Haid

7. Menjaga kecantikan wajah

8. Menurunkan kolesterol

9. Memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan

10. Melancarkan peredaran darah

11. Anti peradangan

12. Penurun panas badan

13. Mencegah hipertensi

14. Antiseptik

15. Penghilang kerut pada wajah

16. Menjaga kebugaran tubuh

17. Antibodi



p/s : Buah Markisa ni Mak Mertua haku tanam kat Melaka....byk lak tu buahnye...Smlam adik ipar haku dtg umh bwk buah Markisa..Mak Mertua haku kirim;) buah die rase msam2 manis.....byk khasiat buah ni upenyer...balik kje td terus jek wat jus diee...cedappp..letak gula & air sejuk...msuk dlm peti ais..jap g Mylaling balik kje leh minumm....rase die Masam2 Maniss..;)
 
 

2 comments:

SUMIYYAH ABD RAHMAN said...

kat mane boley dpt jus nih??? cam sdp sgt jer nmpknyerr..teliur i..hehehehe

eliza said...

hihiii..mmg sedap pon..masam2 manis..mcm buah kundang rase die....jom dtg mlaka nak buah ni;)hihii