Jom ler CUCI2 materr!!!

Saturday, February 12, 2011

Sejarah Disebalik Hari Valentine



Salam utk renungan Bersama…Hari kekasih atau juga lebih dikenali sebagai Valentine Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun oleh mereka ( kekasih ) sehidup semati. Adakah anda tahu sejarah di sebalik Valentine Day ini?


Sejarah disebalik Hari Kekasih (Valentine Day)
Valentine adalah nama seorang paderi yang dipenjarakan oleh Kerajaan Rom semasa pemerintahan Cladius II.. Valentine merupakan seorang paderi yang tegar dalam menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut.

Walaupun Valentine telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

 Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
  
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Info di atas juga adalah diambil dari khutbah Jumaat, pada hari semalam Jumaat 11/2/2010

bukan direka sendiri.
( Mylaling yg hadir solat Jumaat semalam & mnceritakan tajuk Khutbah Jumaat berkenaan dengan HARI VALENTINE. )

Sekadar buat renungan utk kita sebagai Umat ISLAM.....





No comments: